Habib Ali Zaenal Abidin Alkaff

Al-Habib Ali Al-Kaff dilahirkan di Kota Palembang,  pada tanggal 5 Agustus 1987. Mulai mengikuti majlis-majlis ilmu sejak kecil lagi bersama walidnya. Semenjak kecil, habibana telah mendapat pendidikan khusus dari kedua orang tuanya serta abangnya dalam ilmu Alquran dan Fiqh Asas. Habibana juga mempelajari ilmu yang sama dari Al-Ustaz Abdul Qodir Al-Kaff (ketika menjadi mudir Madrasah Al-Haromain) dan juga dari pakcik beliau, Al-Ustaz Usman bin Ahmad Al-Kaff.

Dimasa kecil telah mendapat pendidikan dari 3 yaitu Madrasah Al-Kautsar, Taman Al-Quran Ar-Royyan, dan Madrasah Al-Haromain. Jam 7 pagi sehingga jam 12 tengahari beliau berada di Madrasah Al-Kautsar, jam 2 petang pula beliau berada di Taman Al-Quran Ar-Royyan dan malamnya beliau setelah maghrib sehingga lewat beliau memenuhi waktunya di Madrasah Al-Haromain. Tentu saja kecerdasannya telah nampak sejak kecil. Beliau telah menghafaz juzu’ ‘Amma dan bahasa arab serta mendapatkan beberapa penghargaan dari usia masih kecil.

Ketika berumur 10 tahun, beliau dan keluarganya telah berpindah ke Tangerang. Di sana, beliau telah mendapat pendidikan di Madrasah Hidayaturrahman pada siang hari dan di malam hari beliau belajar di Madrasah Nurulfalah. Al-Habib Ali Al-Kaff juga aktif dalam Majelis Nur Alawiy. Tangerang, memang sudah jelas kecintaan habibana dalam menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah sejak dari kecil.

Al-Habib Ali Al-Kaff aktif dalam menulis buku sudah sekitar 15 buku yang dibuat dan 7 di antaranya sudah publish, kebanyakan buku Habib atau hampir semuanya menggunakan bahasa Arab hanya 2 buku menggunakan bahasa Indonesia dan sampai sekarang Habib masih menulis dan aktif di dunia maya.
Kini, habibana merupakan penaung Cinta Rasul International Community yang di bawahnya terdapat beberapa negara yang bergabung dengannya seperti Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Beliau juga merupakan seorang tenaga pengajar di Darul Habib Boarding School, Sukabumi,Indonesia. Habibana telah berumahtangga dan mempunyai seorang cahaya mata.
Dari berbagai sumber

 

 

Speaker Details
  • Location
  • Address
    Tidak ada data, mohon hubungi admin untuk update
  • Phone
    +6285222535491